TERMA DAN SYARAT

 

Terma penggunaan dan dasar privasi yang tertakluk di laman sesawang www.nsummit3.com ini ditaja oleh NCIG (M) SDN BHD yang diperbadankan di Malaysia dengan pejabat berdaftarnya di PT 7024, Kawasan Industri Kecil, Taman Gunung Mas, 73000 Tampin, Negeri Sembilan, Malaysia.

Dengan mengakses laman sesawang ini, anda bersetuju untuk mengikut Terma dan Syarat yang disediakan, semua undang-undang dan peraturan yang berkenaan, dan bersetuju untuk mematuhi mana-mana undang-undang tempatan yang berkenaan. Jika anda tidak bersetuju dengan syarat-syarat ini, anda dilarang mengguna atau mengakses laman sesawang ini. Bahan-bahan yang terkandung di dalam laman sesawang ini telah dilindungi oleh Akta Hakcipta 1987 dan Peraturan-Peraturan Cap Dagangan 2019. Pengguna laman sesawang juga WAJIB terikat dengan Terma dan Syarat Perkhidmatan laman www.nsummit3.com